Jumaat, 25 Januari 2013


        Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H yang berlangsung di Masjid Al- Samaniah Kampung Pantai Besar berlangsung dengan meriah dengan kehadiran hampir 1000 org. YB Kapt(B) Dato Hj. Mohd Najmuddin Elias telah menyampaikan Ceramah berkenaan dengan tema Maulidur Rasul " Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". Dalam majlis tersebut YB Dato turut menyampaikan Zakat peribadi keluarga beliau kepada 60 keluarga sekitar Kampung Pantai Besar. Turut hadir pada majlis tersebut, Penghulu Mukim Batu Kurau, Ketua Balai Polis Batu Kurau, Ketua- Ketua Kampung serta pemimpin- pemimpin tempatan. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan