Isnin, 20 Jun 2011


            Majlis Pecah Tanah Pembinaan S.M.K Kg. Perak telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir Menteri Besar Perak pada 19 jun 2011. Majlis yang telah diadakan di tapak pembinaan sekolah tersebut yang mana turut di hadiri oleh YB Dato' Hamzah Zainuddin Ahli Parlimen Larut, YBM Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Ketua UMNO Larut, YB Dato' Hj. Mohamad Daud B. Mohd Yusof, Ketua- ketua Jabatan serta pemimpin- peminpin tempatan. Majlis ini telah di taja oleh YB Kapt(B) Dato Hj. Mohd Najmuddin Elias sendiri bersama- sama Kontraktor NSS TENAGA Sdn. Bhd bagi merialisasikan pembinaan sekolah tersebut yang berharga RM 27 juta yang mana merupakan sekolah yang tercantik dan dijangka siap pada tahun 2013.