Khamis, 28 April 2011


Majlis Gotong Royong Perdana
Pembersihan Bandar Lumut Sempena Sambutan Hari TLDM ke 77.

Y.B Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin bin Hj. Elias telah hadir bagi mewakili YAB Menteri Besar Perak ke Majlis Tersebut yang diadakan di Bandar Lumut. Dan pada majlis tersebut YB Dato' bersama anggota - anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia telah menjalankan aktiviti gotong -royong di sekitar bandar tersebut.










CERAMAH PENTAS PEMUDA

YB Kapt(B) Dato' Mohd Najmuddin B. Hj Elias telah meluangkan masa bersama- sama penduduk setempat bagi mendengar Ceramah bertajuk " Hak- Hak Orang Melayu " yang telah di sampaikan oleh Tuan Haji Husaini B. Ibrahim Pensyarah Kolej Islam Darul Ridzuan. Majlis ini telah dianjukan oleh Unit Ceramah dan Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut dan di adakan di Kampung Batu 14. YB Dato' telah meluangkan masa dari awal hingga ke akhir pada majlis tersebut. Turut bersama- sama beliau pada malam tersebut Sdr Annuar B. Ariffin Ketua Pemuda Bahagian Larut.









Jumaat, 15 April 2011

KEPEMERGIAN BONDA TERCINTA KEPADA YB KAPT(B) DATO' MOHD NAJMUDDIN BIN HJ ELIAS

 
AL-FATIHAH

Pihak Pejabat ADUN mengucapkan takziah kepada YB Kapt(B) Dato' Hj.Mohd Najmuddin Bin Hj. Elias diatas kepemergian Bonda beliau Cu Nazira ke Ramatullah. Allahyarhamah Cu Nazira telah menghembuskan nafas terakhir beliau di Hospital Ipoh pada jam 6.45 pagi. Dan jenazah telah di bawa pulang ke Pusat Pendidikan Al- Barakah, Manjoi. Jenazah juga akan di bawa pulang ke Batu Kurau untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Changkat Semambu.