Rabu, 10 Ogos 2011

PERASMIAN PROGRAM SEMARAK MERDEKA


Program Semarak Merdeka dan Majlis Berbuka Puasa telah diadakan bertempat di Perkarangan Masjid Al-Kurauwi, Batu Kurau. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Konvoi Semarak Merdeka yang mejelajah ke semua daerah bagi menyemarakan lagi bulan kemerdekaan pada tahun ini. Majlis telah di sambut serta di rasmi oleh YB Kapt(B) Dato' Hj Mohd Najmuddin Elias ADUN Batu Kurau. Pada majlis tersebut, YB Dato' turut mengedarkan bendera Malaysia kepada kenderaan serta tetamu yang hadir pada majlis tersebut. YB Dato' juga telah menyampaikan sumbangan kepada 17 buah Masjid sekitar DUN batu Kurau serta kepada anak- anak yatim sempena majlis tersebut.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan