Rabu, 24 Ogos 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN AGIHAN KEUNTUNGAN LADANG RAKYAT SEGAR


Majlis Penyerahan Agihan Ladang Rakyat Segar telah disempurnakan oleh YB Kapt(B) Dato'Hj. Mohd Najmuddin Elias ADUN Batu Kurau.Seramai 155 orang penerima dari seluruh DUN Batu Kurau telah menerima agihan tersebut.









MAJLIS NUZUL AL-QURAN DAN MAJLIS PERASMIAN MASJID IJTIHADAT






Isnin, 22 Ogos 2011

Khamis, 18 Ogos 2011

Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Ramadhan Al- Mubarak


Satu Majlis Berbuka Puasa bersama semua Ketua Kampung dan Ketua Cawangan DUN Batu Kurau telah di adakan bertempat di Pusat Tahfiz Nurul Iman, Batu 14, Batu Kurau. Dalam majlis tersebut YB Kapt(B) Dato hj. Mohd Najumddin Elias turut menyampaikan bantuan kepada Fakir Miskin dan Anak Yatim. Semua bantuan tersebut telah di agih- agihkan kepada Ketua Kampung dan Ketua Cawangan bagi menyampaikan kepada mereka yang memerlukan. Seramai 52 Fakir miskin serta 126 anak yatim telah disenaraikan bagi menerima bantuan tersebut.






Penyampaian Cek Dermasiswa Yayasan Perak


Majlis Penyampaian Cek Dermasiswa Yayasan Perak kepada pelajar- pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi (IPT ). Seramai 73 pelajar dari seluruh DUN Batu Kurau telah menerima cek tersebut dianggarkan lebih RM 62 ribu telah disampaikan kepada semua pelajar mengikut peringkat kursus. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin Elias ADUN Batu Kurau. 






Khamis, 11 Ogos 2011

Melawat Bazar Ramadhan di Pekan Batu Kurau

YB Dato' meluangkan masa beramah mesra dengan pengunjung serta peniaga- peniaga di Tapak Bazar Ramadhan Batu Kurau. 










Ziarah Rakyat






Rabu, 10 Ogos 2011

PERASMIAN PROGRAM SEMARAK MERDEKA


Program Semarak Merdeka dan Majlis Berbuka Puasa telah diadakan bertempat di Perkarangan Masjid Al-Kurauwi, Batu Kurau. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Konvoi Semarak Merdeka yang mejelajah ke semua daerah bagi menyemarakan lagi bulan kemerdekaan pada tahun ini. Majlis telah di sambut serta di rasmi oleh YB Kapt(B) Dato' Hj Mohd Najmuddin Elias ADUN Batu Kurau. Pada majlis tersebut, YB Dato' turut mengedarkan bendera Malaysia kepada kenderaan serta tetamu yang hadir pada majlis tersebut. YB Dato' juga telah menyampaikan sumbangan kepada 17 buah Masjid sekitar DUN batu Kurau serta kepada anak- anak yatim sempena majlis tersebut.