Jumaat, 1 Julai 2011

KARNIVAL OKU PARLIMEN LARUT



Karnival Sukan OKU Parlimen Larut Anjuran Pusat Pendidikan Dalam Komuniti (PDK ) telah berjaya dilaksanakan pada 19 Julai yang lalu yang mana telah dirasmikan pembukaannya oleh YBhg. Datin Umi Kalsom Bt. Mohd Husni yang mewakili YB Kapt(B) Dato Hj. Mohd Najmuddin Elias. Dalam karnival tersebut, pelbagai acara yang telah disediakan bagi pelajar- pelajar OKU antaranya 4 x 100 meter, lompat jauh, lontar peluru dan pelbagai lagi acara- acara sukan. Sebanyak 4 buah PDK yang terlibat iaitu PDK Selama, PDK Felda Ijok, PDK Pantai Besar dan PDK Batu Kurau. PDK Batu Kurau telah menjadi tuan rumah pada temasya kali ini yang mana telah di adakan di Padang ASTAKA Batu Kurau. Majlis Penutupan Karnival OKU Parlimen Larut diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Datin Hajah Saripah Bt Zulkifli Yang DiPertua BAIDURI Perak bagi merasmikan serta menyampaikan hadiah kepada pemenang- pemenang.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan