Rabu, 30 Jun 2010

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT KETUA PERHUBUNGAN RELA MUKIM ( KPRM ) DAN KETUA PLATUN RELA ( KPR ) SERTA PERASMIAN PENUTUPAN KURSUS SESI TAKLIMAT PENGENALAN RELA DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA SIRI 2/2010. MAJLIS INI TELAH DI RASMIKAN OLEH LEFTENAN KOLENEL YB. KAPT(B) DATO' HJ. MOHD NAJMUDDIN BIN HJ.ELIAS AL- HAFIZ. AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN BATU KURAU. TURUT SERTA DALAM MAJLIS TERSEBUT PENGARAH RELA NEGERI PERAK.


Isnin, 28 Jun 2010

Melawat Kebakaran di Kampung Ulu Sepetang


YB Dato' melawat kawasan rumah yang terbakar di Kampung Ulu Sepetang Batu Kurau. Turut sama dalam lawatan beliau ialah Ketua Kampung iaitu En. Omar Hassan. YB Dato turut menyampaikan sedikit sumbangan peribadi beliau kepada tuan rumah berkenaan.


]

Jumaat, 25 Jun 2010

SEMINAR & PAMERAN KOMODITI DI BATU KURAU

Seminar Dan Pameran Komoditi telah berjaya di laksanakan di Batu Kurau dengan kehadiran lebih dari 500 peserta dari sekitar Batu Kurau. Dalam Seminar itu tokoh - tokoh dari Agensi seperti Koko, Lada, MPOB, Kayu serta usahawan berjaya telah di tampilkan untuk memberi maklumat serta info- info untuk peserta seminar yang hadir. Turut sama di adakan pameran- pameran di bawah Kementerian Perladangan, Perusahan dan Komoditi. Program ini telah di rasmikan oleh YB Dato' Hamzah Zainuddin Timbalan Menteri Peladangan, Perusahaan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Larut.


YB Dato' tidak melepaskan peluang untuk memberi pandangan dalam sesi soal jawab ketika Seminar di adakan.



Melawat Tokong Cina di Pekan Batu Kurau

YB Dato' meluangkan masa bersama En. Choo Weng Choon Ketua Pemuda MCA Batu Kurau melawat Tokong Cina yang dalam pengubahsuaian.


Rabu, 23 Jun 2010

Majlis Perasmian Silat Seni Pusaka Gayung Malaysia

Pada 18 Jun 2010 yang lalu, YB Dato telah merasmikan satu himpunan Persatuan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia bertempat di Padang Ragut Bukit Wang, Anak Kurau. Seramai 50 peserta seni silat yang terdiri daripada pemuda dari Gurun Kedah dan anak tempatan Batu Kurau yang diketuai oleh Saudara Mohd Nor Ezam. YB Dato' meluangkan masa lebih kurang sejam bagi menyaksikan persembahan hebat dari Ahli- ahli seni silat pada malam itu.


Selasa, 22 Jun 2010

PROGRAM MINUM PETANG BERSAMA KELAB SUKAN KOMUNITI BATU KURAU

Program sepetang beramah mesra dengan Kelab Sukan Komuniti Batu Kurau telah berlangsung baru- baru ini. Ini merupakan program pertama YB Dato' setelah di nasihatkan berehat oleh doktor atas masalah kesihatan. Sempena program itu, YB Dato telah menyampaikan sumbangan kepada Kelab Arobik, Kelab Takraw serta pemain - pemain sepak takraw di atas sumbangan serta mengharumkan nama Batu Kurau ke pertandingan Sepak Takraw di peringkat luar dari Batu Kurau.

MAJLIS SAMBUTAN SUKANEKA PERPADUAN SATU MALAYSIA

Majlis Sambutan Sukaneka Perpaduan Satu Malaysia anjuran Rukun Tetangga Kawasan Pondok Tanjung  yang di adakan pada 5 Jun 2010 bertempat di Dewan Orang Ramai ,Pondok Tanjung. Pada Majlis tersebut, En. Mohamad Idilfitri Bin Hj Redzuan selaku Pegawai Khas telah menyenpurnakan Majlis Perasmian mewakili YB Kapt(B) Dato' Hj. Mohd Najmuddin Bin Hj. Elias pada program tersebut. Turut Hadir bagi sama- sama memeriahkan majlis tersebut  ialah En. Meor Bin Meor Harun Pegawai Perpaduan Daerah Larut matang Dan Selama berserta pemimpin tempatan.