Jumaat, 2 April 2010

BICARA DATO'

Salam hormat. Hari ini saya menemui rakyat di Pejabat saya di Bangunan UMNO. Dari hal mengadu anak nakal dan selalu menangis sehingga kes anak di rogol di adukan kepada saya. Ada satu kes, seorang ibu tunggal secara terang- terang mengaku penyokong kuat PAS, mengadu dan memohon bantuan. Dengan hati terbuka saya menerima aduan tersebut dan akan dimajukan kepada pihak terbabit. Dalam soal bantuan dan meringankan golongan miskin, saya lebih bersikap terbuka. Cuma saya berharap sangat agar kita tidak terlampau extrim dalam berpolitik. Akhirnya mereka akan datang berjumpa kita juga bila memerlukan bantuan. Saya juga cuba menjadi wakil rakyat kepada semua bangsa dan tidak mengira fahaman politik, bagi saya semuanya adalah tanggungjawab saya. Semoga perhubungan silaturrahim di antara kita terus berpanjangan. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan