Isnin, 15 Mac 2010

YB Dato' bersama Datin telah menghadiri kenduri perkahwinan dengan menaiki motosikal ke  lebih 9 buah kampung di DUN Batu Kurau. Beliau juga telah meluangkan masa dari pagi hingga ke petang bagi memenuhi pemintaan yang rata-rata mengharapkan kehadiran beliau bagi memeriahkan majlis perkahwinan tersebut. Pihak Pejabat ADUN Batu Kurau juga ingin merakamkan  jutaan terima kasih kepada semua di atas jemputan serta layanan yang di berikan.

 " Nasi di hidang untuk santapan,
Tetamu pulang hati gembira,
Harapan dan doa, kami ucapkan,
Moga berkekalan, pasangan bahagia".

" Sama cantik seri sepadan,
dua hati telah di satukan,
terima kasih kami ucapkan,
salah dan silap harap di maafkan".


Gambar -gambar sekitar Majlis Perkahwinan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan