Jumaat, 2 April 2010

AKTIVITI YB DATO'

Pada hari ahad lepas, seawal pukul 8.00 pagi, YB Dato telah tiba di Pejabatnya di Batu Kurau untuk berjumpa dengan rakyat. Program YB Dato pada hari itu telah di mulakan dengan menyampaikan Ceramah Agama sempena Majlis Maulidur Rasul di Kampung Bukit Bertam. Majlis yang telah di anjurkan oleh Amanah Ikhtiar Cawangan Larut Matang dan Selama ini di hadiri oleh semua ahli-ahli Amanah Ikhtiar di sekitar DUN Batu Kurau. Selepas selesai, YB Dato ke Kampung Titi Kasai Tengah bagi menghadiri jemputan ke Majlis Maulidur Rasul yang telah di anjurkan oleh penduduk setempat. Seterusnya beliau terus ke Kg.Pantai Besar untuk Majlis Penyerahan Rumah Bantuan dan kenduri kesyukuran. Turut sama dalam majlis tersebut ialah Tuan Penolong Pegawai Daerah serta Tuan Haji Tajuddin B. HJ Ismail Penghulu Mukim Batu Kurau. Pada sebelah petangnya pula, YB Dato telah ke Kg Pondok Quin bagi menghadiri jemputan kenduri kesyukuran di rumah Mohd Norasmi ( Ketua Pemuda Cawangan ). Tepat jam 3.00 petang YB Dato telah dijemput untuk menyampaikan motivasi bagi penduduk- penduduk kampung Jelai untuk meningkatkan semangat berkerjasama bagi menjulang nama kampung Jelai di mata umum sempena Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan yang akan di adakan tidak lama lagi. Turut sama pada program tersebut ialah En. Ali Awang Besar ( Ketua Kampung Jelai ).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan