Isnin, 29 Mac 2010
Khamis, 25 Mac 2010
Pada 20 hb Mac 2010. YB Dato' telah meluangkan masa ke Kampung Changkat Larah bagi melawat warga emas. Kunjungan kali ini telah disertai oleh Ketua Kampung Changkat Larah iaitu En. Ilias Bin Saad. Seramai 6 warga emas telah di kunjungi oleh YB Dato' dan selain dari sumbangan peribadi, beliau turut menyenaraikan nama -nama yang perlu mendapat perhatian sewajarnya dari pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Kebajikan dan Baitulmal.
Selasa, 23 Mac 2010
Jumaat, 19 Mac 2010
Isnin, 15 Mac 2010
Bantuan Rumah Baru
YB Dato' mengunjungi dua keluarga yang telah menerima bantuan bina rumah baru di Kampung Sempeneh Seberang( Gambar atas ) dan Kampung Changkat Perah ( Gambar bawah). Dua bantuan yang berbeza yang mana satu dari Baitumal dan satu lagi dari Felcra ( Kemajuan Luar Bandar ).
YB Dato' bersama Datin telah menghadiri kenduri perkahwinan dengan menaiki motosikal ke lebih 9 buah kampung di DUN Batu Kurau. Beliau juga telah meluangkan masa dari pagi hingga ke petang bagi memenuhi pemintaan yang rata-rata mengharapkan kehadiran beliau bagi memeriahkan majlis perkahwinan tersebut. Pihak Pejabat ADUN Batu Kurau juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua di atas jemputan serta layanan yang di berikan.
" Nasi di hidang untuk santapan,
Tetamu pulang hati gembira,
Harapan dan doa, kami ucapkan,
Moga berkekalan, pasangan bahagia".
" Sama cantik seri sepadan,
dua hati telah di satukan,
terima kasih kami ucapkan,
salah dan silap harap di maafkan".
Gambar -gambar sekitar Majlis Perkahwinan
Langgan:
Catatan (Atom)