Rabu, 20 Januari 2010


Assalamualaikum W.B.T


Bertemu kembali kita di ruangan ini. Di harap kepada semua blogger-blogger berada di dalam keberkatan Allah S.W.T selalu hendaknya.


Semalam 19 Januari 2010, saya berkesempatan melawat Pekan Selasa Batu Kurau. Sambil beramah mesra dengan orang ramai termasuk peniaga-peniaga, sempat juga saya mendengar keluhan serta masalah - masalah dari peniaga. Saya juga bertembung dengan Tuan Haji Tajuddin Ibrahim dan Tuan Haji Awang Kamaruddin anatara orang yang bertanggungjawab dan menyelia pasar berkenaan. Mereka menyatakan pada saya bahawa satu perancangan sedang di buat untuk membina beberapa ruang niaga yang lebih selesa kepada peniaga-peniaga tersebut. InsyaAllah, saya akan turut memantau perancangan ini. Pada sebelah petang, saya telah mengiringi lawatan EXCO Kerajaan Negeri Y.B Dato' Saarani Mohamad ke penempatan PPMS Pondok Tanjung. Banyak perkara dapat dan akan di selesaikan. Saya juga telah memohon peruntukkan untuk membaik pulih jalan dan rumah - rumah kediaman untuk kampung berkenaan.
         Untuk makluman semua, insyaAllah pada 24 Januari 2010 ini, bertempat di Kampung Jelai, saya akan menghadiri Majlis Perjumpaan bersama Guru-guru KAFA dan menyampaikan ceramah agama pada hari tersebut. Baiklah kepada semua blogger-blogger di kesempatan ini saya kemukakan kata - kata seorang Ulama yang bernama Khalid Bin Ma'dan. Katanya:

" Tuhan berbangga dengan 3 jenis manusia ".

  1. Seorang yang berada di hutan, tiba-tiba dia melaungkan azan dan iqamat kerana masuk waktu dan melakukan Solat ( 70 ribu Malaikat bersembahyang di belakangnya ) 


  2. Seorang yang bangun malam beribadat bersendirian.


  3. Seorang yang berada di medan perang, istiqamah hingga sampai terbunuh.

Di harap, agar segala yang kita lakukan, biarlah dilakukan atas dasar mencari keredhan Allah S.W.T. Sekian semoga kita berjumpa lagi.
Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan