Khamis, 26 November 2009




Salam Adiladha kpd Muslimin dan Muslimat sekalian, Sempena hari yang mulia ini, izinkan saya mengambil kesempatan untuk memohom ampun dan maaf di atas dosa dan kesilapan saya selama ini kerana kita sebagai manusia tidak terlepas daripadanya. Perjuangan perlukan kesabaran, justeru itu saya bersedia menerima teguran walaupun dari pihak pembangkang demi memajukan Batu Kurau, Saya berharap kita tidak mudah menyalahkan orang lain, marilah kita sama - sama hormat- menghormati di antara satu sama lain. Insya-Allah banyak lagi program akan di laksanakan untuk menjadikan Batu Kurau " Maju Dan Berilmu ".Setiap pelajar yang dapat 5A dalam peperiksaan UPSR akan saya berikan ganjaran, begitu juga kepada sekolah mereka. Akhir kata, tegurlah saya kalau ada kesilapan.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin.
Ikhlas dari saya

YB.Dato'Kapten(B) Haji Najimuddin Bin Haji Elias Al-Hafiz
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Kurau Merangkap
Penasihat Hal Ehwal Agama Kepada Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan