Rabu, 30 Disember 2009

KARNIVAL DUN BATU KURAU 2009


Program Karnival DUN Batu Kurau 2009 sempena Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Perak telah berjaya di laksanakan selama 2 hari iaitu pada 26 hingga 27 Disember 2009. Dianggarkan lebih 5000 pengunjung hadir untuk bersama - sama terlibat dalam pelbagai acara yang menarik yang telah di aturkan oleh penganjur. Jutaan Terima kasih harus diberikan kepada semua yang terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung kepada semua tenaga kerja Program DUN Batu Kurau 2009.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA

BERSAMA Y.A.B MENTERI BESAR PERAK



GERAI-GERAI PAMERAN


AKTIVITI SENAMROBIK


PROGRAM- PROGRAM YANG DI ADAKAN



Khamis, 24 Disember 2009



PENGERUSI FORUM

USTAZAH AINON MARDZIAH BT HAJI ELIAS AL- HAFIZ

PENCERAMAH JEMPUTAN

Y.B KAPTEN(B) DATO' HAJI MOHD NAJMUDDIN BIN HAJI ELIAS AL- HAFIZ
ADUN BATU KURAU


BERSAMA

YBHG. AL- FHADIL USTAZ HAJI MOHD KAZEEM BIN HAJI ELIAS AL- HAFIZ
PENGETUA PUSAT PENDIDIKAN AL - BARAQAH

Selasa, 22 Disember 2009

MENARIK MINGGU INI


KARNIVAL BATU KURAU
Tarikh: 26 hingga 27 Disember 2009
Tempat: Padang Bandaran Kg.Jelai Batu Kurau Perak.

Acara-acara menarik yang menanti anda
- Forum Perdana
- Pertandingan Nasyid
- Futsal
- Sepakraga Ratus
- Pertandingan Mewarna dan Melukis
- Pertandingan Masakan dan Gubahan
- Sukaneka
- Pertunjukan Silat
- Pameran Dan Jualan
- dan cabutan no bertuah..

untuk keterangan lanjut hubungi urusetia di talian 05 8882388 atau 0194498876

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI.....

Rabu, 16 Disember 2009

Program Gerak Mesra Bersama Rakyat DUN Batu Kurau


Majlis Minum Petang Bersama YB Dato' Kapt(B) Haji Najimuddin Hj.Elias Al- Hafiz telah di adakan pada 15 Disember 2009 bertempat di Dewan Astaka Batu Kurau dengan kehadiran lebih 160 orang yang terdiri daripada Ahli Jawatnkuasa Masjid dan DJ-DJ sekitar DUN Batu Kurau. Selain Pejabat ADUN Batu Kurau, Jabatan Hal Ehwal Khas(JASA)Batu Kurau turut terlibat sebagai penganjur program ini.

Gambar Sekitar Program dan Cabutan Nombor Bertuah



Program Minum Petang YB Dato' Bersama DJ-DJ Sekitar DUN Batu Kurau


Antara DJ yang hadir :
- DJ Awang Staring
- DJ PP2
- DJ Mike Brahim
- DJ N.Z
- DJ MK
- DJ Sobri
- DJ Fakriz
dan ramai lagi...


Pemenang Pertandingan Bowling Pemuda


Pemenang Hadiah Untuk Peserta Bowling Puteri

Penyampaian Saguhati untuk peserta-peserta


Gambar Sekitar Pertandingan Bowling



Rabu, 9 Disember 2009

BANTUAN UNTUK MANGSA - MANGSA BANJIR


YB.Dato' Kapten (B) Hj.Mohd Najimuddin Bin Hj.Elias berserta Isteri telah menyampaikan sumbangan bantuan kepada 31 keluarga mangsa banjir di Kampung Pantai Besar. Majlis ini berlangsung secara sederhana bertempat di rumah kediaman En.Hambali Bin Zolawal( Ketua Cawangan Pantai Besar Batu Kurau)

Datang lah beramai- ramai


Tarikh : 13 Disember 2009
Tempat : Padang Ladang Windsor( Malakof )

!!!!!!!! TERHAD KEPADA 20 PASUKAN TERAWAL SAHAJA !!!!!!!!!!
Maklumat lanjut sila hubungi :-

En. Mohd Nor 0195550042
En. Rosli 0142536585
En. Amran 0166684845
En. Kalai 0124568091

" Berat Mata Memandang.. Berat lagi bahu yang memikul.."


Y.B Dato' beserta Isteri telah meluangkan masa menziarah warga emas yang sakit serta memberi sedikit sumbangan untuk meringankan beban. Beliau turut melawat keadaan rumah yang daif sekitar kampung Anak Kurau dan Kampung Simpang Empat.


Selasa, 8 Disember 2009

Isnin, 30 November 2009





Majlis Qurban DUN Batu Kurau

Pada 28 November 2009 Satu Majlis Qurban Peringkat DUN Batu Kurau telah di adakan di pekarangan Kebun milik YB Dato' Kapten sendiri di Kampung Paya. YB Dato' telah menggorbankan 3 ekor lembu dan seekor kambing untuk di agihkan kepada penduduk sekitar DUN Batu Kurau. Daging - daging korban tersebut telah diserahkan kepada semua Ketua - ketua Cawangan di setiap DUN Batu Kurau.

Gambar Sekitar Majlis Qurban





Khamis, 26 November 2009




Salam Adiladha kpd Muslimin dan Muslimat sekalian, Sempena hari yang mulia ini, izinkan saya mengambil kesempatan untuk memohom ampun dan maaf di atas dosa dan kesilapan saya selama ini kerana kita sebagai manusia tidak terlepas daripadanya. Perjuangan perlukan kesabaran, justeru itu saya bersedia menerima teguran walaupun dari pihak pembangkang demi memajukan Batu Kurau, Saya berharap kita tidak mudah menyalahkan orang lain, marilah kita sama - sama hormat- menghormati di antara satu sama lain. Insya-Allah banyak lagi program akan di laksanakan untuk menjadikan Batu Kurau " Maju Dan Berilmu ".Setiap pelajar yang dapat 5A dalam peperiksaan UPSR akan saya berikan ganjaran, begitu juga kepada sekolah mereka. Akhir kata, tegurlah saya kalau ada kesilapan.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin.
Ikhlas dari saya

YB.Dato'Kapten(B) Haji Najimuddin Bin Haji Elias Al-Hafiz
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Kurau Merangkap
Penasihat Hal Ehwal Agama Kepada Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

Isnin, 23 November 2009


KURSUS PENGURUSAN JENAZAH DUN BATU KURAU
Tempat : Masjid Ar- Rizuaniah Kampung Perak
Tarikh : 21 November 2009
Masa : 8.30 pagi
Kehadiran : 100 peserta

Kursus Pengurusan Jenazah Dun Batu Kurau





Perasmian Anugerah Cemerlang Sekolah Agama Rakyat Al _ Falah


Perasmian Anugerah Cemerlang Sekolah Agama Rakyat Al _ Falah
Tarikh : 21 November 2009
Tempat : Sekolah Agama Rakyat Al Falah Kampung Perak
Masa : 9.00 pg